Saturday, April 13, 2013

Cara Menguatkan Tenaga Batin - Ramuan Tradisional

Salam dan selamat berhujung minggu semua. Kali ni posting aku lari dari tujuan asal blog ini dibina. Hehe. Aku ingin berkongsi salah satu petua orang dulu-dulu dalam ilmu berumah tangga terutamanya bab nafkah batin. Posting ini amatlah sesuai dibaca dan dipraktikkan petuanya oleh para suami atau pun yang bakal menjadi suami suatu hari nanti. Kalau yang bujang-bujang nak amal dari sekarang pon tak ade masalah. Daripada cerita orang tua-tua dulu, petua ini mampu memanjangkan tempoh berjimak dengan pasangan masing-masing selain mampu menguatkan tenaga batin anda sendiri. Tenaga batin tak semestinya untuk hubungan kelamin saja ye. Kalau kite ni jenis yang bekerja berat macam angkat simen kena guna kekuatan batin jugak tu. Kena faham tu. Ok jadi kat bawah ni aku kongsikan salah satu petua untuk menguatkan tenaga batin anda.

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk panaskan enjin anda ialah:


3 ulas halia yang saiznya sebesar ibu jari
17 biji lada hitam
17 biji lada putih
1 sudu teh minyak sapi tulen
1 biji kuning telur ayam kampung


Cara-cara ramuannya:

1. Tumbuk kesemua lada hitam dan lada putih sampai lumat.
2. Halia pula diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya.
3. Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan di atas termasuklah minyak sapi dan kuning telur ke dalam satu bekas.
4. Kacau hingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali, minumlah ramuan di atas kira-kira 1 jam sebelum berjimak dengan isteri. Jangan lupa tinggalkan ia sedikit untuk disapu pada batang zakar.

Jadi inilah petua yang boleh anda amalkan untuk menguatkan tenaga batin anda untuk pelayaran yang bakal ditempuhi selain untuk kekuatan fizikal dan mental anda sendiri. Gunakan ke jalan yang betul dan jangan salah gunakan petua ini untuk tujuan yang tidak elok. Selamat mencuba! Sebelum itu, sekiranya anda berminat untuk mencari pendapatan tambahan, apa kata anda jenguk sebentar ke laman ini. Jumpa lagi!





No comments:

Post a Comment